Tarik selimut. Tarik bantal lagi.
Itu rutin harian kau yang aku tak suka, yang selalu buatkan aku naik angin kerana menelan masa, menelan masa untuk mengejutkan kau dan bersiap. Yang melunturkan mood aku untuk keluar makan atau keluar berseronok.
Tapi.
Bila aku fikir-fikir balik sebenarnya aku sayang. Aku cinta rutin itu. Kerana itu rutin watak kau. Diri kau. Diri kau yang itu aku terima adanya. Mulut bising-bising tapi hati aku tetap cinta.
No comments:
Post a Comment